Saturday, February 05, 2011

Kelebihan tumbuhan yg disebut dalam Al-Quran


Untuk post yg first ni sy nk brkongsi dgn anda ttg kelebihan tumbuhan yg disebut dlm Al-Quran..kalo anda baca post ni u all kn tau ttg khasiat tmbuhn trsebut..
Hakikatnya Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu
pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu
dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran
ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi
tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun
demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta
memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa
itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan
tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk
manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda
Madu
                                                
Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
* Madu dapat menyegarkan tubuh
* Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatannya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya
* Madu boleh mengeluarkan racun
* Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
* Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk
* Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang mremudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
* Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati
* senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

* Penyakit kulit
* Terbakar
* Jerawat
* Gatal-gatal
* Luka
* Kanak-kanak lumpuh
* Kurap
* Sakit gigi
* Sakit mata
* Sakit jantung
* Selesema

Buah Tin
 
Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda jik
alau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.


ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalm Syurga.

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing

Buah Zaitun

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbunyi: sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku. Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

Antara khasiat buah zaitun ialah:
* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.

Kurma / Tamar

     
Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa. Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

Habbah as-sauda

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya; Rasulullah SAW bersabda ; [i]`Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nuim dalam kitad Al-tibb,dalam himpunan hadis-hadis sahih. Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin, Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

sumber : dunia herba hpa